Sabtu, 14 Ogos 2010

Hantaran ape untuk si dia?? (^-^)~

Assalamualaikum,

hehe.. dah puasa dah.. hari ni 13 Ramadhan.. cepatnyer.. masa pun tak byk lagi yg tinggal... HIV test dah buat.. hari ni jom kita tengok checklist.. hantaran apa yg sudah saya dan bakal suami beli.. yeay! (^_^)~


Cadangan hantaran saya untuk bakal suami:

1. Sejadah
2. Sampin
3. Sepasang baju batik
4. Jam tangan
5. Sepasang kemeja lengan panjang
6. Wallet dan tali pinggang
7. Fancy Cookies nak buat sendiri (InsyaAllah..=))
8. Chocolates
9. Kek
10. Buah-buahan
11. ?

Cadangan hantaran bakal suami untuk saya:

1. Senaskhah Al-Quran
2. Sepasang telekung
3. Sepasang baju batik
4. Jam tangan
5. Set Make-up
6. Handbag
7. Chocolates
8. Kek
9. Buah-buahan

* yg tulisan biru dah beli.. yg tulisan hijau belum beli lagi...~

Moga Allah permudahkan segalanya... amiin..=)

Isnin, 9 Ogos 2010

Apa itu HIV??

Keuarga sihat keluarga bahagia

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kita masih dikurniakan umur yg panjang untuk bertemu lagi dalam laman sesawang ini.. Alhamdulillah sekali lagi kerana sehingga hari ini kita dikurniakankan dengan nikmat hidup yang sihat... untuk post kali ini, saya ingin berkongsi tentang penyakit AIDS.. erm, saya bukanlah pakar atau doktor untuk bercakap ttg isu ini, cuma sedikit perkongsian yang saya peroleh dari internet...

Apa itu HIV?

HIV (Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit) merupakan virus yang memusnahkan system imunisasi badan, menyebabkan pesakit terdedah kepada pelbagai jenis penyakit dan kanser. AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit Akut Yang Teruk) merupakan peringkat yang mana pesakit yang dijangkiti HIV mula menunjukkan jangkitan yang khusus atau sel-sel pertahanan badan turun sehingga 200/µl. Virus terdapat dalam darah, semen, cecair badan,lelehan vagina dan susu ibu individu yang terkena jangkitan. Individu yang terkena jangkitan akan membawa virus(dan dapat memindahkan virus) tersebut sepanjang hayat mereka.

HIV boleh merebak melalui darah yang telah dijangkiti HIV dan cecair badan seperti ketika melakukan hubungan seks,berkongsi jarum suntikan sesama penagih dadah, dari ibu yang mengandung kepada anak yang dikandung(sebelum atau ketika kelahiran atau melalui susu ibu). Virus tidak boleh merebak melalui sentuhan biasa seperti tinggal serumah, ataupun bekerja bersama pembawa HIV. Sejak AIDS dilaporkan pertama kalinya pada tahun 1986 hinggalah tahun 2004,sejumlah 60,621 kes jangkitan berlaku dan 8294 AIDS kes berlaku di Malaysia.

Siapa yang berisiko untuk untuk mendapat HIV?

Jika anda :

  • Mempunyai ramai pasangan seksual
  • Penagih dadah secara suntikan
  • Pelacur
  • Homoseksual
  • Kakitangan perubatan

Adakah terdapat rawatan bagi jangkitan HIV?

Setakat ini masih belum terdapat rawatan bagi jangkitan HIV. Walaubagaimanapun, terdapat ubat yang boleh melemahkan virus HIV. Kombinasi ubat ini dapat membantu pesakit mengawal pertumbuhan virus dan ia juga dapat memperlahankan kemusnahan system imunisasi. Ia juga efektif bagi memanjangkan umur serta meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Adakah ia dapat dicegah?

Jangkitan HIV dapat dicegah dengan :

  • Elakkan berkogsi jarum suntikan
  • Elakkan daripada melakukan hubungan seks yang tidak selamat ataupun seks secara rambang
  • Elakkan berbilang pasangan
  • Gunakan Kondom

Akhir-akhir ini rawatan antiviral ke atas ibu yang dijangkiti HIV dapat mengurangkan peluang jangkitan ke atas bayi. Wanita mengandung digalakkan membuat ujian HIV seawal yang mungkin dan mengambil langkah-langkah pencegahan.

Adakah terdapat kumpulan sokongan ?

Kanak-kanak yang dijangkiti HIV boleh mendapatkan bantuan daripada Malaysian AIDS Foundation Paediatric AIDS Scheme (untuk maklumat lanjut sila dapatkan maklumat doktor) Maklumat lanjut ataupun kaunseling boleh diperolehi daripada Malaysian AIDS Council

Erm... kesimpulannya, untuk mengelakkan pasangan yang bakal berkahwin daripada dijangkiti virus ini, adalah bernas sekali syarat yang mewajibkan setiap pasangan untuk membuat ujian saringan HIV... jalanilah hidup yang sihat supaya kita dapat membantu menyelamatkan diri sendiri dan generasi akan datang.. mudah-mudahan... InsyaAllah..~

Info diperoleh daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia... =)

Sabtu, 7 Ogos 2010

Anak-anak buah-buahan

Assalamualaikum,

lama dah sangat2 tak update blog.. pejam celik pejam celik dah pun nak puasa... lepas tu nak raya.. lepas tu tibalah saat yang ditunggu-tunggu... Alhamdulillah.. abah pun dah makin sihat.... tahun ni je aku dapat 2 orang anak buah baru... Wan Faysal Ashraf dan Nur Damia Irdina.. Selamat datang anak-anak saudaraku.. hehe... wajah2 dari syurga.. tak jemu mata memandang... =)

Nur Damia Irdina

Arman & Ashraf


Alhamdulillah.. semua barang2 untuk buat hantaran dah dibeli... bulan puasa ni nak gubah hantaran sendiri.. hehe...InsyaAllah.. moga Allah permudahkan segala-galanya... amiiin....~

Khamis, 11 Mac 2010

SPM??

Selamat pagi semua!! hehe... sementara menunggu peserta-peserta kursus sampai, mari kita mengupdate blog.. rehat2 sebentar setelah memandu lebih kurang 1 jam..
.
Ok, smlm result SPM diumumkan.. terflash back pula masa ambil result dulu, walaupun result tak gempak mane, but bersyukur dapat result yang boleh dikategorikan layak untuk sambung blaja.. tapi sbenarnya, masa depan kita yang sebenar bukan terletak pada keputusan SPM.. sempat tadi saya mendengar dalam Hot FM cerita2 mereka yang berjaya walaupun gagal dalam SPM.. ada yang gagal SRP dan kerja sebagai pengusung kabel je.. but later in life, perlahan-perlahan dia bangun dan sekarang dah pegang tender buat jambatan dan jalan raya yang berjuta-juta ringgit...
.
Yes! SPM bukanlah segala2nya.. yang dapat result 9A1 pun belum tentu akan berjaya 5 tahun atau 10 tahun yang akan datang.. yang penting survival skills.. pandai2 cari duit n pandai nak sara hidup... yang paling penting SABAR.. kejayaan tak datang dengan tiba-tiba... so kepada yang gagal dalam SPM.. jangan sedih atau susah hati... rezeki Allah tak siapa yang dapat menduga.. kita mesti berusaha untuk survive, ok??
.
p/s~ sedih dulu ada guru yang tak pandang pun pelajar yang lemah dalam akademik... erm, apa pun, kita takkan rasa keseronokan suatu kejayaan kalau kita tak pernah rasa sakitnya suatu kegagalan.

Rabu, 10 Mac 2010

Update skit je.... =)

Assalamualaikum, hye!

I'm now at Bukit Kiara... waktu rehat ni rasa nak update je blog nie... now i am very2 excited plus berdebar... seriously, sangat lah jeles bila tengok gambar kawan2 yang dah selesai majlis akad nikah sehinggalah majlis menyambut menantu... cantik sungguh gambar2 mereka... ok, next time update lagik! peace! nak sambung kerja.

Selasa, 9 Mac 2010

10 haribulan 3 dah!

Assalamualaikum,

Huh! cepatnyer masa berlalu.. hari ini saya sangat penat.. tapi mata masih lagi mampu menahan mengantuk.. semata-mata nak update blog ini.. tetibe rindu n excited pulak nak tulis blog malam ni... agak lama gak la susah nak dapat masa terluang melayari internet...

Apa yang saya mahu sekarang ialah cuti yang sedikit panjang untuk menyelesaikan banyakkkk perkara... dan meluangkan masa bersama-sama mereka yang saya sayang... hari ni 10 March 2010... betul ke ni??? ok, dah lepas rindu kat blog.. jumpe lagi! =)

Khamis, 31 Disember 2009

Selamat tahun baru 2010 (^_^)~

Wahh..!! cepatnya masa berlalu. hehe. yang indah menjadi kenangan.. yang tak indah buang jauh2! azam tahun baru saya ialah mahu bekerja sebaik mungkin! meningkatkan kualiti dan mutu kerja! moga ia menjadi jambatan dalam mendapat keredhaan Ilahi untuk menuju ke syurgaNya.. amiin (^_^)~

SELAMAT DATANG 2010! Moga tahun ini penuh bermakna dan indah seindah-indahnya... ! (^_^)~